Monday, June 4, 2012

'Sahabat' Lama

Assalamualaikum..
Hm, nak greeting panjang-panjang pun tak ada mood, maklumlah sekarang ni tengah study week..
Harap-harapnya fahamlah ye.. =)

Beberapa jam yang lepas, aku terasa seperti hendak melawat Facebook sahabat lama aku yang seorang nih, dah ada insan yang tersayang rupa-rupanya, Alhamdulillah..
Kenapa ye aku tiba-tiba beritahu pasal hal ni? Hm, ada kisah di sebalik perkara ni sebenarnya..


Alkisah bermula di sini, aku ni dulu belajar kat Kluang, ada seorang budak lelaki chubby ni suka kat aku, (come on lah, baru darjah 1 weyh!) dan dia anak guru kelas kitorang. Comel gaya dia, sampaikan masa aku nak pindah lepas je habis darjah 2, dia siap paksa mak dia untuk belikan hadiah untuk aku, pencil box besi bertingkat bentuk kereta, haha..


12 tahun selepas itu...
Sedang aku buka Facebook aku, aku lihat ada satu friend request. Buka je, nama yang aku lihat adalah nama dia, di mana aku sangat-sangat ingat nama penuh dia! Aku terkejut bercampur gembira sebab baru malam lepas aku teringat dia. Terus aku approve dan tegur dia. Nak tahu apa yang mengejutkan aku?


Aku pergi wall dia, dan aku lihat dia update status dia seminit lepas. Begini bunyinya,
"Akhirnya penantianku berakhir jugak."
Status dia tu menerima banyak komen, terutama dari kedua-dua akak dia, yang tak putus-putus ucap tahniah dan menyokong dia. Aku berfikir sejenak, dan sedikit sebanyak aku rasa status tu ditujukan untuk aku. Haha, perlu tak aku perasan waktu ni? ^_^

Memang tepat jangkaan aku. Dia memang dah lama cari aku. Dia lupa ejaan nama aku, jadi makin susah dia nak cari nama aku, tambahan pulak dia cari aku dari Form 4 lagi sejak dia buat Facebook, sedangkan aku buat Facebook bila dah masuk matrikulasi, hadoiyai.. Tak cukup dengan tu, kerana nak cari nama aku, Friend List dia dah ada 3 orang budak nama Umi yang langsung dia tak kenal, hahaha.. Aku sangat-sangat terharu jumpa dia yang dah sangat lama mencari aku. Mungkin korang tak akan percaya, tapi apa yang aku fikir sebagai cinta monyet masa sekolah rendah, rupa-rupanya dia dah anggap macam cinta yang perlu dia cari bila dah besar, terharunya! >.<


Sejak dari tu, dia selalu melawat aku kat Melaka, bawak aku jumpa akak dia, belanja aku makan, tengok wayang sama-sama dan sebagainya. Sayangnya, aku dah bercouple masa tu, dan aku anggap dia macam kawan. Dia sangat-sangat sedih sebab dah lama dia tunggu aku. Aku faham perasaan dia, sedangkan aku bila dah break pun aku rasa macam nak mati, apatah lagi dia yang tunggu aku selama 12 tahun. Boleh buat novel tau tak cerita aku ni! Serius!

Tapi atas salah faham, pergaduhan, dan sebab ex aku tu jugak la kitorang akhirnya bawa haluan masing-masing. Aku pun dah bukan lagi kawan dalam Friend List dia kat Facebook. Aku yang unfriend dengan dia, tapi aku tahu ni semua asalnya salah aku jugak. Aku tak mahu cerita lebih sebab aku nak korang semua tahu yang dia memang baik, dia tak ada salah apa-apa kat aku, malah aku yang teruk sebab tak hargai dia. Malam ni jugak aku PM inbox dia dan aku minta maaf atas salah silap aku, serta aku dah doakan dia yang terbaik untuk dia dan pilihan hati dia. Aku tahu dia memang berhak untuk dapat yang terbaik, dan aku bukan yang terbaik untuk dia.


Ya Allah, Kau datangkan kepadaku insan yang baik dalam hidupku, cuma mungkin kehadirannya tidak lama untuk terus berada denganku, tetapi aku bersukur Ya Allah kerana Kau beriku peluang untuk aku kenali hati budinya. Kau berikanlah yang terbaik untuknya, sesungguhnya dia berhak menerima segala kebaikan dari-Mu selagi Kau izinkan Ya Allah. Amin...
Dan aku masih menunggu pasangan yang Allah dah tentukan untuk aku...