Friday, September 21, 2012

Hari Pengumuman

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar kalian? Sihat tak hari ni? Kejap, asyik aku je tanya, hari ni aku kena risaukan diri aku pulak. Korang rasa tak apa yang aku rasa? Rasa tak? Ala, tak gelabah ke korang ni? Teruk lah, apa punya kawan lah korang ni. *ntah pape.

Hari ni aku nak beritahu pada korang betapa gelabahnya aku semasa hari pengumuman calon yang MENANG untuk menjadi sebahagian daripada barisan MPP. Keputusan dah tahu semalam, tapi aku sangat sibuk sehingga tak sempat posting apa-apa pasal keputusan semalam. Aku sibuk turunkan semua poster-poster aku sebab kalau tak, nanti aku tak dapat balik cagaran aku. Hee.. Wait! Aku ni turunkan poster selepas dapat tahu aku menang atau tak? Haha, nantikan.. =)

Semalam betul-betul merupakan kemuncak aku sebagai calon yang bertanding. Mana taknya, aku bertanding kot! Ramai akan kalah bilangan undi, tapi dalam masa yang sama aku dapt lihat kemungkinan semua calon untuk menang adalah sama. Jadi, aku makin sakit kepala bila fikir, haha. Maka suasana dingin~ sewaktu hari pengumuman pun bermula. Ni gambar sewaktu pihak pengurusan menunggu keputusan undian, dan aku secara tak sengaja dijemput jadi saksi untuk lihat bersama waktu mengundi telah tamat.


Ucapan dari Penolong Naib Canselor mampu buatkan aku berpeluh sebab ucapan beliau sangat ringkas. Cuba tengok gambar di bawah, ada antara calon yang muka gelabah. Waktu ni apa Prof. cakap semuanya tak masuk kat kepala, semua bimbang dengan keputusan yang bakal diumumkan.


Tak nampak aku yang mana?Ke nak mintak makan selipar baru nampak? Huhu, gurau je. Aku yang pakai tudung biru tu la. Nampak tak betapa tenangnya muka aku setenang air laut biru seperti warna baju aku jugak, haha.. Ok, biar aku terangkan. Lelaki paling dekat dalam gambar berjaket hitam tu mantan YDP MPP UTeM. Manakala yang berbaju kurung warna peach dan si tudung putih tersenyum kat belakang tu budak kelas aku. Aku dan si tudung putih bertanding bagi kerusi fakulti, bersama dengan si tudung purple dan seorang lagi lelaki yang tiada dalam gambar. Kawan aku yang peach tu pulak bertanding umum, bersama dengan lelaki berkemeja coklat di depan. Aduh, lecehnya main-main warna baju lak ni. Kasihan kat kawan aku yang bertanding umum ni, kerusi ada 7 je, tapi calon sampai 13 orang.

Malas nak cerita panjang, jeng jeng jeng...! Alhamdulillah, aku menang bagi calon fakulti aku, dengan undian tertinggi mengatasi 3 calon lain. Dan calon kedua yang menang pula adalah rakan kelas aku yang bertudung putih tu. Bagaimana dengan kawan aku yang bertanding umum tu. Haha, korang ingat dia siapa? Budak popular konfem menang, haha.. Dia menang bagi kerusi umum, termasuk lelaki berkemeja coklat tu.

Sebelum kitorang turunkan poster setelah menang (siapa bagi jawapan betul di awal posting tadi, mesej aku ye. Nanti aku belanja korang makan angin. Angin je la, haha), kami mengadakan mesyuarat bersama pihak pengurusan untuk tentukan 4 orang ahli Majlis Eksekutif MPP di mana 4 orang ni akan mewakili Majlis Tertinggi MPP bersama 3 lagi ahli dan akan mengetuai mesyuarat bersama exco-exco MPP yang lain. Aku akhirnya dipilih menjadi salah seorang dari 4 orang tersebut, dengan jawatan sebagai Setiausaha Agung MPP. YDP aku pula yang berkemeja coklat tadi. Huhu, sorry YDP! >.<  

Setelah 4 orang dipilih, barulah kami mengadakan mesyuarat antara ahli-ahli MPP untuk mengisi kekosongan jawatan yang lain. Bagi sesiapa yang mahukan jawatan yang sama, terpaksalah korang berdebat siapa yang lebih layak memegang jawatan tersebut. Itulah cara yang proaktif untuk memilih mereka yang lebih sesuai mengisi jawatan tersebut. Kawan aku yang peach tu dapat jadi exco kebudayaan dan perpaduan integrasi manakala si tudung putih jadi exco sukan dan rekreasi. Dia hebat sukan tu.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang secara langsung atau tak langsung mendoakan aku dan membantu aku sepanjang aku bertanding dan akhir sekali tidak lupa juga kepada yang mengundi aku. Aku tak akan lupakan jasa baik korang yang meletakkan kepercayaan kepada aku untuk menjadi wakil korang. Terima kasih sangat-sangat.

Sekian nukilan untuk hari ni,

Umizhatul Najwa binti Jamaludin
Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Sesi 2012/2013

Monday, September 17, 2012

Perjalanan Sepanjang Menjadi Calon MPP

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..

Minggu ni sangat sibuk bagi aku, hinggakan aku tak sempat nak tanya khabar korang semua. Sihat tak? Kalau tak sihat, makan ubat. Jangan tinggal makan. Aku tak ada dekat dengan korang untuk  jaga korang ni. Haha, nampak tak betapa caringnye aku ni. >.<

Hari ni aku nak beritahu korang secara kasar proses penerimaan aku sebagai calon yang layak bertanding sebagai MPP hinggalah proses rapat umum. Bagi sesiapa yang teringin nak bertanding nanti, boleh la baca-baca sedikit di sini. Baca means baca apa yang aku taip, bukan jampi blog ak, haha..

Selepas penyerahan borang calon, korang kena tunggu dalam satu tempoh masa, lebih kurang dalam sejam dua untuk tengok sama ada borang korang ni akan dibantah oleh sesetengah pihak tak dari segi cara mengisi borang yang tak betul atau maklumat yang salah. Well, of course! Itu semua kena dipastikan, untuk mengurangkan bilangan calon yang bertanding dan dalam masa yang sama salah satu alternatif terbaik untuk jatuhkan pesaing. Haha, tapi aku baik ok. Sila sematkan dalam hati masing-masing ye. Umi baik, umi baik, umi baik. ^_^

Tempoh masa yang ditetapkan pun tamat, dan alhamdulillah borang aku diterima dan layak bertanding. Tapi sedikit cemburu kepeda mereka yang menang tanpa bertanding, sebab calon dalam fakulti mereka cukup-cukup untuk mengisi kekosongan kerusi di fakulti dorang. Lepas je aku tengok, baru aku perasan fakulti aku yang paling banyak calon akan kalah. Dua orang je, haha. Tapi separuh yang akan kalah ok sebab fakulti aku cuma ada dua kerusi je sedangkan calon ada empat orang. Memikirkan tentang tu buatkan aku gelabah.

Minggu rapat umum paling memenatkan. Kau dapat lihat betapa 'meriah'nya kampus sewaktu tu. Masa ni la semua calon cuba menonjolkan wajah masing-masing. Kat sini aku tunjukkan contoh pada korang bagaimana suasana sewaktu pilihanraya di universiti aku. Cuma sedikit kurang di lokasi-lokasi ni. Tapi ni je yang aku dapat.






Silap aku, sibuk sangat sampai lupa nak ambil gambar sewaktu poster aku digantung. =(  Tapi, aku letak jugak la poster aku kat sini ye.

Eh, malunya kita! Cepat la scroll bawah laju-laju! Ahahaha.. Dah jadi calon ni nak malu apanya, muka kau akan terpampang pada setiap tempat. Kat tiang kafe, kat tangga, kat dinding, waima disatukan sekali banyak untuk dijadikan langsir sebagai hiasan di fakulti pun boleh (bencinya aku tak ambil gambar langsir poster aku tu, dah la paling besar dalam fakulti! 15 poster untuk satu langsir tau!). Cakap je kat mana, kau letak je. Waktu ni, aku sangat-sangat berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa dan tenaga membantu aku. Banyak cerita lucu di sebalik minggu rapat umum ni. Aku rasa, aku perlu gantikan balik selipar rakan aku yang masuk longkang semata-mata nak memanjat untuk gantung poster aku, huhu. Kejap aku nak check duit ada berapa. *bukak purse.

Kepada kalian semua, doakan la minggu ni berjalan dengan lancar untuk aku dan semoga aku tak hilang suara untuk meraih undi dari pelajar-pelajar fakulti aku melalui rapat umum aku sebab mulai hari ni, pelajar-pelajar akan balik dari bercuti dan mereka akan terkejut punyalah tengok poster yang dah serabut ni. Dan kepada semua yang dah membantu aku secara langsung atau tak langsung, aku berterima kasih sangat-sangat sebab sudi bantu aku dan tunjukkan pada aku apa makna kawan. Nanti aku belanja korang makan ye. Ni bukan rasuah tau! Jap, aku nak check duit lagi sekali. Duit selipar pun tak kira lagi tadi, lupa pulak. *bukak purse.

Saturday, September 1, 2012

Aku...bertanding??

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Akhirnya aku menulis lagi di halaman sendiri, halaman yang tiada siapa boleh pertikaikan apa yang kita cakap. Baru-baru ini, aku kerap bertanya-tanya dalam diri, apa yang aku kena buat. Nak bertanding ke tak nak. Haha, bertanding apa pulak ni? Bertanding makan paling banyak ke atau bertanding siapa dapat habiskan Pearl dalam CoolBlog? Hahaha, salah! Harap maklum, kalian tidak dapat sebarang markah kali ni.

Aku sedang berfikir sama ada nak masuk bertanding atau tak dalam pencalonan Majlis Perwakilan Pelajar kat universiti aku yang tercinta ni (time ni la baru nak cinta habis!). Haha, korang ingat aku ni tak hebat ke? Nampak tak angan-angan aku yang menggunung tu? Hihi.. At last, aku ambil keputusan untuk masuk bertanding. Jeng jeng jeng!



Aku dengan rendah dirinya terus call sahabat baik aku a.k.a salah seorang Jentera (mereka yang menguruskan perjalanan pilihanraya dari awal hingga akhir). Memandangkan dia ni pun mantan MPP, memang sepatutnya aku minta nasihat terus dari dia. Dia menyokong kehendak aku, tapi memang berjam-jam jugak la kami call sebab aku dah pening, nak masuk bertanding calon umum atau calon fakulti. Haha, kasihan kat kawan aku yang seorang ni, asyik bebel je. Sabar ye kawan, nanti aku belanja kau makan. =)

Bila dah berpuas hati dengan kata-kata semangat dari kawan sendiri, dan memandangkan aku adalah batch pertama fakulti aku sendiri, aku ambil keputusan untuk bertanding dalam kerusi fakulti sebab banyak pembaharuan yang boleh aku cadangkan untuk fakulti aku ni. So, that's it! Lepas ni, korang akan sentiasa follow-up dengan perjalanan aku sebagai calon Majlis Perwakilan Pelajar UTeM, ok? =)