Friday, September 21, 2012

Hari Pengumuman

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar kalian? Sihat tak hari ni? Kejap, asyik aku je tanya, hari ni aku kena risaukan diri aku pulak. Korang rasa tak apa yang aku rasa? Rasa tak? Ala, tak gelabah ke korang ni? Teruk lah, apa punya kawan lah korang ni. *ntah pape.

Hari ni aku nak beritahu pada korang betapa gelabahnya aku semasa hari pengumuman calon yang MENANG untuk menjadi sebahagian daripada barisan MPP. Keputusan dah tahu semalam, tapi aku sangat sibuk sehingga tak sempat posting apa-apa pasal keputusan semalam. Aku sibuk turunkan semua poster-poster aku sebab kalau tak, nanti aku tak dapat balik cagaran aku. Hee.. Wait! Aku ni turunkan poster selepas dapat tahu aku menang atau tak? Haha, nantikan.. =)

Semalam betul-betul merupakan kemuncak aku sebagai calon yang bertanding. Mana taknya, aku bertanding kot! Ramai akan kalah bilangan undi, tapi dalam masa yang sama aku dapt lihat kemungkinan semua calon untuk menang adalah sama. Jadi, aku makin sakit kepala bila fikir, haha. Maka suasana dingin~ sewaktu hari pengumuman pun bermula. Ni gambar sewaktu pihak pengurusan menunggu keputusan undian, dan aku secara tak sengaja dijemput jadi saksi untuk lihat bersama waktu mengundi telah tamat.


Ucapan dari Penolong Naib Canselor mampu buatkan aku berpeluh sebab ucapan beliau sangat ringkas. Cuba tengok gambar di bawah, ada antara calon yang muka gelabah. Waktu ni apa Prof. cakap semuanya tak masuk kat kepala, semua bimbang dengan keputusan yang bakal diumumkan.


Tak nampak aku yang mana?Ke nak mintak makan selipar baru nampak? Huhu, gurau je. Aku yang pakai tudung biru tu la. Nampak tak betapa tenangnya muka aku setenang air laut biru seperti warna baju aku jugak, haha.. Ok, biar aku terangkan. Lelaki paling dekat dalam gambar berjaket hitam tu mantan YDP MPP UTeM. Manakala yang berbaju kurung warna peach dan si tudung putih tersenyum kat belakang tu budak kelas aku. Aku dan si tudung putih bertanding bagi kerusi fakulti, bersama dengan si tudung purple dan seorang lagi lelaki yang tiada dalam gambar. Kawan aku yang peach tu pulak bertanding umum, bersama dengan lelaki berkemeja coklat di depan. Aduh, lecehnya main-main warna baju lak ni. Kasihan kat kawan aku yang bertanding umum ni, kerusi ada 7 je, tapi calon sampai 13 orang.

Malas nak cerita panjang, jeng jeng jeng...! Alhamdulillah, aku menang bagi calon fakulti aku, dengan undian tertinggi mengatasi 3 calon lain. Dan calon kedua yang menang pula adalah rakan kelas aku yang bertudung putih tu. Bagaimana dengan kawan aku yang bertanding umum tu. Haha, korang ingat dia siapa? Budak popular konfem menang, haha.. Dia menang bagi kerusi umum, termasuk lelaki berkemeja coklat tu.

Sebelum kitorang turunkan poster setelah menang (siapa bagi jawapan betul di awal posting tadi, mesej aku ye. Nanti aku belanja korang makan angin. Angin je la, haha), kami mengadakan mesyuarat bersama pihak pengurusan untuk tentukan 4 orang ahli Majlis Eksekutif MPP di mana 4 orang ni akan mewakili Majlis Tertinggi MPP bersama 3 lagi ahli dan akan mengetuai mesyuarat bersama exco-exco MPP yang lain. Aku akhirnya dipilih menjadi salah seorang dari 4 orang tersebut, dengan jawatan sebagai Setiausaha Agung MPP. YDP aku pula yang berkemeja coklat tadi. Huhu, sorry YDP! >.<  

Setelah 4 orang dipilih, barulah kami mengadakan mesyuarat antara ahli-ahli MPP untuk mengisi kekosongan jawatan yang lain. Bagi sesiapa yang mahukan jawatan yang sama, terpaksalah korang berdebat siapa yang lebih layak memegang jawatan tersebut. Itulah cara yang proaktif untuk memilih mereka yang lebih sesuai mengisi jawatan tersebut. Kawan aku yang peach tu dapat jadi exco kebudayaan dan perpaduan integrasi manakala si tudung putih jadi exco sukan dan rekreasi. Dia hebat sukan tu.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang secara langsung atau tak langsung mendoakan aku dan membantu aku sepanjang aku bertanding dan akhir sekali tidak lupa juga kepada yang mengundi aku. Aku tak akan lupakan jasa baik korang yang meletakkan kepercayaan kepada aku untuk menjadi wakil korang. Terima kasih sangat-sangat.

Sekian nukilan untuk hari ni,

Umizhatul Najwa binti Jamaludin
Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Sesi 2012/2013

No comments:

Post a Comment