Friday, November 18, 2011

The Truth

Berjumpa lagi kita di sini.. Hm, rasa-rasanya mesti korang tertanya-tanya apalah agaknya yang aku nak post hari ni memandangkan tajuk hari ni adalah tentang kebenaran..
Ya, tentang kebenaran..
Tentang kebenaran yang tak pernah aku terlintas untuk tahu..
Tapi, akhirnya aku tahu juga kebenaran ni..
En. RP (manusia yang aku ceritakan dalam post sebelum ni) telah ceritakan semua tentang diri dia yang aku tak pernah tahu.. Jujurnya, keperibadian dia dan sense of humor yang dia ada selalu menyenangkan aku.. Tidaklah bermaksud aku suka kat dia atau apa, cuma dia sangat seronok untuk dijadikan teman berbual dan kawan yang baik.. But, we can't judge a book by its cover, right? Selama aku berkenalan dengan dia, belum pernah aku terfikir untuk tahu tentang dirinya dengan lebih mendalam.. Come on lah, kawan jenis apa aku ni? Aku anggap dia sangat seronok untuk dijadikan teman, tapi aku sendiri tak pernah memainkan peranan aku sebagai seorang kawan yang baik untuknya..
Dia punya sejarah hidup yang tersendiri, dan tak ramai orang tahu tentang dirinya yang dulu.. Bila dia cerita semua kat aku, aku hampir menangis.. Bukan kerana kasihan, bukan kerana marah, atau bukan kerana sedih..
Tapi hanya atas satu sebab...
Aku BUKAN SEORANG PENDENGAR yang baik untuknya..
Kalau betul aku nak jadi rakan terbaik, aku sepatutnya sentiasa bertanyakan khabar dia, dan bagaimana hari-harinya selama ni.. Tapi aku tak pernah dengar semua tu.. Mungkin kami baik dari zahirnya, tetapi dari hati? Aku masih bukan seorang teman yang baik..
Kepada En. RP yang amat aku hargai sebagai seorang sahabat yang cukup hebat, aku meminta maaf jika tak pernah ambil berat tentang kamu selama ni.. Diri ini masih belum mampu jadi rakan yang baik sepertimu.. Semoga persahabatan kita semakin utuh bila aku tahu semua tentang kamu.. Minta maaf banyak-banyak...


En. RP, kalau kamu baca post ni, ada satu nasihat.. Jadilah diri sendiri yang sebaik mungkin.. Kita memang tak sempurna, tapi sekurang-kurangnya kita dah buat yang terbaik untuk jadi lebih sempurna.. Pengakuan kamu semalam sangat berani, dan tindakan tu harus dipuji.. Aku tak pernah memilih kawan, dan begitu juga kamu telah tersenarai sebagai rakan yang baik dalam kamus hidup diri ini.. Terima kasih kerana telah membuka mata ni untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling.. Kita lihat seseorang itu selalu ketawa dan tersenyum, tapi hakikatnya, siapa tahu yang dia pernah menangis dalam hati? Terima kasih banyak-banyak sebab sudi berkongsi cerita-cerita tu.. Kalau kita berjumpa, nnt i belanja u makan ok? =)

Jadi langkah pertama untuk jadi rakan yang baik.. Saya nak bertanya khabar, huhu..
"En. RP apa khabar hari ni? Bagaimana hari ni, baik atau tak?"
"Kalau hari ni baik semuanya, jadikan hari esok begitu juga ok?" (^_^)
"Have a nice day En. RP!"

Maaflah sebab bahasa agak formal malam ni, baru baik demam, entah apa yang kepala aku fikir agaknya...

             " Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend."
                                                                                             -Albert Camus-

Thursday, November 17, 2011

Jadi Burung Hantu

Aduyai.............
Hari ni kelas yang sepatutnya ada pada waktu pagi telah dibatalkan..
Alhamdulillah..
Tahniah juga pada aku yang tak tahu apa-apa sehinggalah roomate aku beritahu pada tengah malam ketika aku sudah berniat nak siapkan kerja assignment untuk kelas tu.. sigh~~
Malam tu aku tidur lewat.. Maklumlah, tak ada kelas pagi tu..
Apa lagi, aku pun online la skype.. Cukup sekadar chat2 biasa je, bertukar-tukar minat dengan seseorang ni..
Biarlah aku panggil dia dengan nama "RP".. Lain kali aku bagitau maksud RP tu ye..
Korang jangan salah anggap pulak yang tu maknanya Rest In Peace!! Mampus aku kena ketuk dengan dia nanti,ahaha..
Dia yang buat aku terlintas fikiran nak buat blog sebenarnya.. Thanks to him..
Berbual-bual dengan dia sememangnya menyeronokkan, sampailah aku dengar handphone aku berbunyi..
Ingatkan ada mesej atau ada orang call, rupa-rupanya.....
Astaghfirullah! Tu alarm clock aku yang berbunyi mengikut waktu yang aku set, iaitu 5.00 PAGI!!
Patutnya aku dah bangun waktu ni,bukan baru nak tidur!
Apa patut aku buat ni??
Aku gelabah, tak tahu nak buat apa.. Last2 aku ambil keputusan untuk tidur jugak..
Baru nak terlelap, alarm handphone kawan aku pulak yang berbunyi..
Terus aku tak boleh tidur walaupun dah solat masa tu..
Hasilnya..............
Aku datang ke kelas tengahari tu dalam keadaan mamai+sememeh+muka cam zombi dalam suasana hari yang cukup terik dan sinaran matahari menyilau di atas aku...




Terima kasih Skype... (tak baik salahkan pihak lain weh! Kau yang salah!)
Aku nak top-up balik tidur yang berhutang tu...
Sekian... Zzzzz..

             " Personally, I enjoy working about 18 hours a day. Besides the short catnaps I take each day, I average about four to five hours of sleep per night."
                                                                                  -Thomas Alva Edison-

Wednesday, November 16, 2011

Hari Pertama di Laman Sendiri

Hm...
Kalau dulu aku selalu sangat melawat blog rakan2 sendiri sampaikan kadang2 tu nak jugak rasa ada blog sendiri..
Tapi keinginan tu selalu aku pendamkan je..
Maklumlah, bahasa bukan bagus sangat pun kan?
Tapi bila fikir2 balik, kita tak perlu bahasa yang bagus sangat atau kata2 yang cukup bermakna pun kalau kita hanya nak luahkan apa yang kita rasa ataupun ceritakan apa yang berlaku di sekeliling kita..
Tu pendapat ak sendiri..
Lagi pun bukan semua manusia tu sempurna kan?
Masing2 ade kelebihan yang tersendiri, dan itulah yang menjadikan setiap dari kita unik dan istimewa..
Harap2 yang membaca ni semuanya suka lah ye?
Aku pun x nak cakap byk untuk kali pertama ni..
Lain kali boleh berjumpa lagi...


Ok,tu sajer..

             "Have no fear of perfection - you'll never reach it."
                                                                                            -Salvador Dali-