Thursday, November 17, 2011

Jadi Burung Hantu

Aduyai.............
Hari ni kelas yang sepatutnya ada pada waktu pagi telah dibatalkan..
Alhamdulillah..
Tahniah juga pada aku yang tak tahu apa-apa sehinggalah roomate aku beritahu pada tengah malam ketika aku sudah berniat nak siapkan kerja assignment untuk kelas tu.. sigh~~
Malam tu aku tidur lewat.. Maklumlah, tak ada kelas pagi tu..
Apa lagi, aku pun online la skype.. Cukup sekadar chat2 biasa je, bertukar-tukar minat dengan seseorang ni..
Biarlah aku panggil dia dengan nama "RP".. Lain kali aku bagitau maksud RP tu ye..
Korang jangan salah anggap pulak yang tu maknanya Rest In Peace!! Mampus aku kena ketuk dengan dia nanti,ahaha..
Dia yang buat aku terlintas fikiran nak buat blog sebenarnya.. Thanks to him..
Berbual-bual dengan dia sememangnya menyeronokkan, sampailah aku dengar handphone aku berbunyi..
Ingatkan ada mesej atau ada orang call, rupa-rupanya.....
Astaghfirullah! Tu alarm clock aku yang berbunyi mengikut waktu yang aku set, iaitu 5.00 PAGI!!
Patutnya aku dah bangun waktu ni,bukan baru nak tidur!
Apa patut aku buat ni??
Aku gelabah, tak tahu nak buat apa.. Last2 aku ambil keputusan untuk tidur jugak..
Baru nak terlelap, alarm handphone kawan aku pulak yang berbunyi..
Terus aku tak boleh tidur walaupun dah solat masa tu..
Hasilnya..............
Aku datang ke kelas tengahari tu dalam keadaan mamai+sememeh+muka cam zombi dalam suasana hari yang cukup terik dan sinaran matahari menyilau di atas aku...




Terima kasih Skype... (tak baik salahkan pihak lain weh! Kau yang salah!)
Aku nak top-up balik tidur yang berhutang tu...
Sekian... Zzzzz..

             " Personally, I enjoy working about 18 hours a day. Besides the short catnaps I take each day, I average about four to five hours of sleep per night."
                                                                                  -Thomas Alva Edison-

No comments:

Post a Comment