Friday, November 18, 2011

The Truth

Berjumpa lagi kita di sini.. Hm, rasa-rasanya mesti korang tertanya-tanya apalah agaknya yang aku nak post hari ni memandangkan tajuk hari ni adalah tentang kebenaran..
Ya, tentang kebenaran..
Tentang kebenaran yang tak pernah aku terlintas untuk tahu..
Tapi, akhirnya aku tahu juga kebenaran ni..
En. RP (manusia yang aku ceritakan dalam post sebelum ni) telah ceritakan semua tentang diri dia yang aku tak pernah tahu.. Jujurnya, keperibadian dia dan sense of humor yang dia ada selalu menyenangkan aku.. Tidaklah bermaksud aku suka kat dia atau apa, cuma dia sangat seronok untuk dijadikan teman berbual dan kawan yang baik.. But, we can't judge a book by its cover, right? Selama aku berkenalan dengan dia, belum pernah aku terfikir untuk tahu tentang dirinya dengan lebih mendalam.. Come on lah, kawan jenis apa aku ni? Aku anggap dia sangat seronok untuk dijadikan teman, tapi aku sendiri tak pernah memainkan peranan aku sebagai seorang kawan yang baik untuknya..
Dia punya sejarah hidup yang tersendiri, dan tak ramai orang tahu tentang dirinya yang dulu.. Bila dia cerita semua kat aku, aku hampir menangis.. Bukan kerana kasihan, bukan kerana marah, atau bukan kerana sedih..
Tapi hanya atas satu sebab...
Aku BUKAN SEORANG PENDENGAR yang baik untuknya..
Kalau betul aku nak jadi rakan terbaik, aku sepatutnya sentiasa bertanyakan khabar dia, dan bagaimana hari-harinya selama ni.. Tapi aku tak pernah dengar semua tu.. Mungkin kami baik dari zahirnya, tetapi dari hati? Aku masih bukan seorang teman yang baik..
Kepada En. RP yang amat aku hargai sebagai seorang sahabat yang cukup hebat, aku meminta maaf jika tak pernah ambil berat tentang kamu selama ni.. Diri ini masih belum mampu jadi rakan yang baik sepertimu.. Semoga persahabatan kita semakin utuh bila aku tahu semua tentang kamu.. Minta maaf banyak-banyak...


En. RP, kalau kamu baca post ni, ada satu nasihat.. Jadilah diri sendiri yang sebaik mungkin.. Kita memang tak sempurna, tapi sekurang-kurangnya kita dah buat yang terbaik untuk jadi lebih sempurna.. Pengakuan kamu semalam sangat berani, dan tindakan tu harus dipuji.. Aku tak pernah memilih kawan, dan begitu juga kamu telah tersenarai sebagai rakan yang baik dalam kamus hidup diri ini.. Terima kasih kerana telah membuka mata ni untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling.. Kita lihat seseorang itu selalu ketawa dan tersenyum, tapi hakikatnya, siapa tahu yang dia pernah menangis dalam hati? Terima kasih banyak-banyak sebab sudi berkongsi cerita-cerita tu.. Kalau kita berjumpa, nnt i belanja u makan ok? =)

Jadi langkah pertama untuk jadi rakan yang baik.. Saya nak bertanya khabar, huhu..
"En. RP apa khabar hari ni? Bagaimana hari ni, baik atau tak?"
"Kalau hari ni baik semuanya, jadikan hari esok begitu juga ok?" (^_^)
"Have a nice day En. RP!"

Maaflah sebab bahasa agak formal malam ni, baru baik demam, entah apa yang kepala aku fikir agaknya...

             " Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend."
                                                                                             -Albert Camus-

No comments:

Post a Comment