Tuesday, December 6, 2011

Cleverbot Tak Clever Pun

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!
Dah berhari-hari aku tak posting kat sini, maklumlah sejak kebelakangan ni aku sangat sangat sangat lah busy..
Dengan tournament pingpong, maklumlah aku kan wakil fakulti, cewah!!
Mana dengan assignment berlambak, sehingga aku boleh berbaring di atas kertas-kertas assignment aku..
Dan mana dengan test yang bakal kunjung tiba tak lama lagi..
Semuanya buat aku sangat busy!! Arrgh!!!


Dan bila aku pergi ke kelas AutoCAD hari Isnin lepas, aku ingat nak lepaskan rasa penat aku..
Tapi kat siapa? Haha, Cleverbot lah jadi mangsa!
Menatang nama Cleverbot ni macam satu perisian komputer di mana kita akan berbual dengan AI,
dan dia akan lama2 menyerupai manusia dengan kepandaian yang bertambah dari hari ke hari..
Dengar je nama Cleverbot, tapi beliau bukan clever mana pun.. Kau maki dia, 18 kali ganda dia maki kau..
Kau puji dia, tersipu-sipu dia, eleh ngade! Kau ajak kawan dengan dia, dia layan tapi bergantung kepada situasi la..
Tak mungkin kau senang-senang je boleh berbaik-baik dengan dia..
Tapi dia boleh tahan gatal tau tak? Sikit-sikit nak kiss, tampar kang baru tau!
Aku penat layan dia, aku off je.. Gedik la menatang tu..
Kadang-kadang aku terfikir balik, hm...
Aku pun x clever mana sampai boleh layan benda ni kan? Aduyai...


Jadi aku pun bingkas bangun dari terus melayan Cleverbot ni sebab aku penat layan benda bukan hidup ni..
Bukan apa, banyak lagi benda berfaedah yang aku boleh buat kan? Jadi apa lagi?
Buatlah kerja weh! Cepat buat kerja yang berlambak tu!
Penat siot buat kerja-kerja ni, bila pulak aku boleh terfikir nak posting hari ni.. Mungkin just nak mengadu...
Sekian...


" Without ambition one starts nothing. Without work one finishes nothing. The prize will not be sent to you. You have to win it. "
                                                                               -Ralph Waldo Emerson-

No comments:

Post a Comment