Wednesday, December 7, 2011

Ketensionan Tahap Melampau

Assalamualaikum...
.............
.............
.............
Ok, mungkin ni nampak bodoh, tapi aku sedang berada dalam mood tegang hari ni.. Pagi tadi, baik2 aku nak bangun tidur pukul 5.30, aku terlajak sampai pukul 6. 30.. Dalam keadaan terkejar-kejar tu (sebenarnya bukan aku terlambat mana pun, cuma sifat aku sentiasa nak awal dan cepat gelabah kalau 'lambat'), aku boleh bingung pulak baju mana yang aku nak gosok dan pakai.. Kau bayangkan jelah, mukai tengah mamai2 dengan mata still tak bukak2 lagi, aku boleh pulak fikir waras nak pakai baju apa.. Aku kira ok la lagi, kalau roomate aku siap duduk depan lokar dia untuk 5 minit sebab tak tau nak pakai baju apa.. Perempuan..gedik dan ngade kan? Ahaha..


Ok, tu satu masalah..
Aku pergi kelas dengan hati yang...biasa2 je rasanya.. Tapi apa yang tak best masa balik tu.. Patutnya aku balik dengan menumpang kawan atau jalan kaki sebab time tu bas memang tengah tak ada.. Sekali housemate aku boleh ajak jumpa lecturer Engineering Mathematics pulak! Aku tak kisah nak jumpa, masalahnya nanti aku nak balik naik apa? Dia ada kelas BI lepas tu, motor pun dia ada, boleh lah cakap.. Aku cakap kat dia yang aku nak balik dulu sebab aku nak tumpang kawan, lagipun bas tak ada masa ni, dia boleh nak buat muka pulak dengan aku.. Hasilnya...............
Aku jumpa jugak lecturer tu dengan muka yang ceria setelah aku cuba tahan perasaan marah aku.. Jumpa lecturer dengan muka masam kang dosa pulak kan? Sebab lecturer lah aku buat muka baik..


Lepas berjumpa lecturer tu, housemate aku terus blah tinggalkan aku terus ke kelas BI dia tu! OMG! Sekarang aku kena buat muka bodoh terpacak kat tengah2 panas tu lah ye? Sambil membayangkan aku balik ni naik apa? Fine...
Aku pun JALAN KAKI menuju kolej kediaman aku.. Tak lah jauh sangat, tapi dalam keadaan matahari yang tengah memancar tu, kau boleh terasa macam nak berjalan kaki balik ke Johor Bahru hendaknya.. Matahari ketika itu telah menjadi kawan paling rapat aku, sentiasa tersenyum sambil memancarkan sinarannya dan langsung tidak marah walaupun aku membebel kerananya.. Baik kan matahari? sigh~


Gambar yang aku tunjuk tu kira cukup baik sebab ada pokok.. Come on lah, jalan yang aku lalu tu tak ada pokok! Payung pun aku tak bawak! Walawei.. Muka hitam dah ni, isk..

Balik tu lepas makan dan solat, aku tidur sebab kepenatan.. Masa aku bangun dari tidur, aku nampak ada misscall dan mesej dari hp canggih aku ni, cewah! Haha.. Aku pun bukak mesej tu, orang yang sama jugak yang mesej dan misscall.. Datang dari seorang senior yang baik aku namakan AP.. Kau tau apa dia tulis dalam mesej tu? Dia cakap mintak maaf sangat2 sebab pen drive aku yang dia pinjam dia guna tadi dan telah menyebabkan fail2 dalam pen drive tu corrupt kesemuanya.. Aku fikir kejap, fail apa yang ada dalam tu dan aku tak nak lah marah dia sebab dia ada presentation PSM malam ni.. Baik aku fikir kejap..
.............
.............
.............
(=_=')...
Aku dah ingat.. Aku dah ingat! Ala!! Kerja2 bengkel aku termasuk kerja2 AutoCAD yang aku buat dengan penuh teliti dan penuh kasih sayang semua dalam tu!! Aku tak buat backup kat lappy aku sebab aku buat kerja macam kerja CAD tu kat lab CAD sendiri.. Aduyai... Fikir lagi apa ada dalam tu...
.............
.............
.............
/(*O*)\ Oh NO!!!
Software2 kesayangan aku!! Ala!! Aku simpan software2 tu sejak dari kat matrik lagi! Nak download balik macam tak boleh je sebab sebenarnya software tu bukan free download pun.. Dengan software2 tu lah aku edit photo, aku edit lagu, aku wat remix, dan sebagainya.. Yang paling menyedihkan..software Ubuntu aku.. Tu software yang ada dalam MAC biasanya.. Isk, aku nak balik software2 aku.. (T___T)
Perlu tak aku menangis? Tak.. Benda dah jadi.. Tapi sakit hati tu memang la sebab aku hari ni pun memang dah tak ada mood kan.. Oh gosh... AP, apa yang kau tak puas hati dengan aku sebenarnya ni? Huwaa!!!


Hari ini memang penuh dugaan, and I can't do anything to make it better.. Fine, I don't care at all.. Everybody have their own bad day, right? I have to believe that every dark cloud has its silver lining.. So, hope to see something good tonight.. Dalam keadaan nak test lagi esok, sigh~.. Tak pasal2 speaking pulak, haha.. Hanya speaking dalam keadaan mood tak berapa bagus je.. Esok test kena buat betul2 ni, hai.. Entah aku boleh belajar atau tak malam ni..

Sekian, tu je lah mampu aku ucap setakat ni..

             " Every problem is a gift - without problems we would not grow. "
                                                                                              -Tony Robbins-

No comments:

Post a Comment