Friday, December 30, 2011

My Last Day In TEEN!!! \(^O^)/

Assalamualaikum...
Hari ni macam takde la banyak sangat benda yang aku nak kongsikan.. Maklumlah, sekarang ni sedang sibuk, study week lah katakan.. Aku ni bukanlah rajin sangat pun menelaah pelajaran ni, tapi still busy jugak lah.. Hari-hari aku setakat ni dipenuhi dengan projek, lab report dan macam-macam lagi lah anasir yang layaknya seperti ingin dibuang terus dari fikiran aku nih..


Sekarang nih aku sedang cuba menikmati saat-saat terakhir umur belasan tahun aku.. Lepas ni dah tak boleh nak berkelakuan seperti kanak-kanak lagi dah.. Dah boleh kahwin dah (??).. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu, aku rasa seperti baru je habis sekolah menengah.. Perangai aku dah la macam budak-budak, what the... Siapa-siapa, tolong lah ajar aku jadi dewasa sikit, otak aku penuh dengan rasa nak berseronok je ni..

Tapi dalam diam-diam, aku mula jugak berjinak-jinak dengan dunia cinta ni.. Apa? Ingat korang je dah besar? Hoho.. Tapi, banyak kekecewaan je yang aku dapat.. AP hanya mengecewakan aku, dan aku pun tak tau sampai bila lagi aku boleh bertahan.. Hanya maaf yang mampu dia ucap.. Aku dah penat.. Dia bukan playboy, tapi aku nampak mesti ada je yang tak serasi antara aku dengan dia.. Aku belum bercinta pun dengan dia, tapi.. I don't think this would last long.. To AP, aku nak dedikasikan lagu ni untuk dia.. Jar of Hearts, by Christina Perri.. Sekali lagi aku nak ingatkan, dia bukan playboy, cuma terasa nak bagi je lagu ni kat dia, mungkin untuk tunjukkan kekecewaan aku kat dia? Dia akan baca blog ni, somehow..


Untuk post kali ni pun, aku nak share lagu yang sangat aku suka.. A Thousand Years, by Christina Perri dan juga Perfect Two, by Auburn.. Lagu ni bukan lah baru pun, tapi lirik dia penuh makna.. Saja je nak kongsikan apa yang aku suka dalam umur belasan tahun ni, haha.. Dalam pada tu, ada seorang mamat ni dedikasikan lagu I Lay My Love On You nyanyian Westlife untuk aku.. Wah, ada jugak orang minat kat aku kan? Ahahahahaha.. Perasan lebih..


Masa nak masuk 20 tahun ni, aku nak jugak buat wish list sepanjang tahun ni..
1. Aku nak buat adik-adik aku bangga dengan pencapaian akak diorang ni kat universiti.
2. Aku nak ambil lesen (dari dulu tangguh-tangguh).
3. Aku nak jadi kawan yang baik kat semua orang.
4. Aku nak belajar masak.
5. Aku nak bercinta (what??!!!)
Jangan nak gelak ea, kang kalau wat list panjang sangat, ada harapan ke semuanya tercapai?


And sekarang ni, aku hope dapat berjumpa dengan seseorang yang memahami aku, dan sayangkan aku seadanya diri aku ni.. Tak salah aku menyimpan niat macam ni kan bila umur cecah 20? To my future Mr. Right, do treat me well okay? If you love me just the way I am, I will love you too just what you want it to be.. And you can keep my words on that.. So, buat kali terakhirnya posting aku dalam umur belasan tahun ni, atau lebih spesifiknya 19 tahun.. Ini yang aku nak cakap.. DEAR TEEN, YOU'VE ALWAYS BROUGHT SO MANY GOOD TIMES TOGETHER.. WHEN YOU'RE AWAY SOON, I WILL NEVER FORGET YOU BECAUSE YOU'RE THE BEST MOMENTS I'VE EVER HAD! THUMBS UP TO MY TEEN!!    \(^o^)/

Finally.............


             " How beautifully leaves grow old. How full of light and color are their last days. "
                                                                        -John Burroughs-

No comments:

Post a Comment