Di hari yang mulia ini, ingin saya menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf dari hujung frontal bone di skull saya hinggalah ke hujung phalanges di metetarsals saya, semoga segala salah dan khilaf diri ini dapat dimaafkan.. Fullamak! Anatomi x aku ni, ahahaha..
Well, di hari raya kali ini, tak banyak yang aku boleh kongsikan, memandangkan aku ada program khas di fakulti aku, dan pulang ke Johor Bahru pada 17 Ogos, sedangkan raya 19 Ogos.. Wuu~ Barang-barang raya semua aku tak beli lagi~ :'(
Nasib baik aku sempat membeli baju raya di Melaka di saat-saat akhir sebelum aku pulang je Johor Bahru, dan akhirnya.. Jeng jeng jeng! Aku beli wedges buat julung-julung kalinya! Malunya! Mesti mak aku kat rumah tu boleh tergelak tengok kasut anak dia ni, sejak bila pulak lah aku dah pandai nak jadi perempuan ayu ni kan? Aku masa pakai kasut tu pun, rasa macam berdiri kat Eiffel Tower, haha.. Tapi lama-lama dah ok rasanya.. Kasut tu ala-ala macam ni la, bezanya tak ada tali belakang, warna pun putih which makes you look.. err.. emm.. never mind.. Aku memang tak pandai komen..
Tapi tak cukup dengan tu, aku juga ada menambah sesuatu lagi, iaitu BERAT BADAN.. Wuu, dah naik 6kg dah sejak masuk UTeM ni! Aku tak tau dari mana aku boleh tambah berat badan, sedangkan selera makan aku dah berkurang kalau nak dibandingkan dengan masa-masa sebelum ni.. Puas fikir punya fikir, rasanya aku dah dapat jawapan.. Mungkin sebab aku dah kurang bersukan kot.. Kalau dulu toksah cakaplah, setakat main basketball 2 jam tak henti-henti semasa BULAN PUASA pun aku mampu lagi.. Sekarang, lari padang 400 meter satu pusingan pun dah tercungap-cungap, seperti nyawa dah nak kena ambil je rasanya tu..