Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum..

Di hari yang mulia ini, ingin saya menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf dari hujung frontal bone di skull saya hinggalah ke hujung phalanges di metetarsals saya, semoga segala salah dan khilaf diri ini dapat dimaafkan.. Fullamak! Anatomi x aku ni, ahahaha..

Well, di hari raya kali ini, tak banyak yang aku boleh kongsikan, memandangkan aku ada program khas di fakulti aku, dan pulang ke Johor Bahru pada 17 Ogos, sedangkan raya 19 Ogos.. Wuu~ Barang-barang raya semua aku tak beli lagi~ :'(

Nasib baik aku sempat membeli baju raya di Melaka di saat-saat akhir sebelum aku pulang je Johor Bahru, dan akhirnya.. Jeng jeng jeng! Aku beli wedges buat julung-julung kalinya! Malunya! Mesti mak aku kat rumah tu boleh tergelak tengok kasut anak dia ni, sejak bila pulak lah aku dah pandai nak jadi perempuan ayu ni kan? Aku masa pakai kasut tu pun, rasa macam berdiri kat Eiffel Tower, haha.. Tapi lama-lama dah ok rasanya.. Kasut tu ala-ala macam ni la, bezanya tak ada tali belakang, warna pun putih which makes you look.. err.. emm.. never mind.. Aku memang tak pandai komen..


Raya kali ni jugaklah, mak aku tak mampu membuat pelbagai jenis kuih raya, memandangkan beliau tersangatlah sibuk dengan komitmen lain.. Kalau dulu, bilangan jenis kuih raya sudah mampu menyesakkan meja sehingga membuatkan tetamu yang hadir terlupa kuih mana lagi yang mereka belum rasa, tak kurang jugak aku yang sibuk menambah kuih-muih tersebut setiap kali balang semakin kosong.. Tetapi kali ini, kau boleh terdengar bunyi angin bertiup sepoi-sepoi bahasa setiap kali kau memandang meja yang hanya ada beberapa jenis kuih sahaja.. Seram sejuk dibuatnya, haha.. Tapi tak apa, aku tak hairan dengan semua tu sebabnya aku bukan lah jenis yang meminati kuih raya sangat.. Hahaha...


Bagaimana pulak dengan harapan aku? Haha, dengan bangganya aku ingin isytiharkan yang aku dah boleh memandu kereta dengan jayanya di atas jalan raya tanpa rasa ragu-ragu dan takut ditangkap polis, sebabnya aku dah dapat lesen P, haha.. Korang janganlah gelak ye, ye aku tahu aku lambat dapat lesen dari korang.. Benci! Lesen motosikal je tak lepas lagi sebab tak sempat nak ambil, busy tersangat-sangat!

Tapi tak cukup dengan tu, aku juga ada menambah sesuatu lagi, iaitu BERAT BADAN.. Wuu, dah naik 6kg dah sejak masuk UTeM ni! Aku tak tau dari mana aku boleh tambah berat badan, sedangkan selera makan aku dah berkurang kalau nak dibandingkan dengan masa-masa sebelum ni.. Puas fikir punya fikir, rasanya aku dah dapat jawapan.. Mungkin sebab aku dah kurang bersukan kot.. Kalau dulu toksah cakaplah, setakat main basketball 2 jam tak henti-henti semasa BULAN PUASA pun aku mampu lagi.. Sekarang, lari padang 400 meter satu pusingan pun dah tercungap-cungap, seperti nyawa dah nak kena ambil je rasanya tu..


Tapi tak apa, orang kata kalau kita set mind kita, kita mampu buat apa-apa sahaja.. kalau dulu aku berazam nak dapatkan  lesen dan aku dah pun berjaya, why not try something else? Kita bo;eh berazam untuk kurangkn berat badan pulak kan? I'll try my best...



No comments:

Post a Comment