Tuesday, April 17, 2012

Apa Nak Jadi?

Hello guys!
Apa khabar semua hari ni? Sihat? Sakit? Atau baru lepas putus cinta macam aku? Well, if that so, welcome to the club! Huhu..

Semalam aku merancang nak siapkan segala kerja-kerja aku yang tertangguh sejak sebelum cuti pertengahan semester. Dari report bengkel, assignment MAI hinggalah tutor-tutor yang tak pernah siap sehingga kini. Oleh itu, aku pun buat secawan Nescafe yang 3 in 1 hasil belas ihsan housemate aku, dengan harapan aku akan berasa segar malam tu untuk buat segala kerja.


Dan rancangan aku tu berhasil! Wah, aku dah mula membayangkan yang kerja-kerja aku akan bakal disiapkan malam tu jugak. Aku kan hebat dalam buat segala kerja dalam masa yang singkat, haha.. So aku pun buka la lappy kesayangan aku ni.. Nafsu manusia kan, rasa nak membuka Facebook sangat-sangatlah membuak-buak sehingga aku tak tahan dari membiarkan sahaja jari-jemari aku menaip password Facebook sendiri (tu semua alasan, boleh je kalau tahan nafsu kan?).
Facebook telah buat aku khayal ketika itu. Aku ingatkan sekejap je aku layan menatang tu, tapi sedar-sedar dah pukul 1 lebih, tapi aku tak start kerja lagi. Aku pun segera tutup Facebook. Then aku terima panggilan dari senior aku merangkap bestfriend aku sendiri.


Kononnya dia call aku sebab aku tak balas chat dia, mungkin sebab aku dah nak offline masa tu. Then aku pun borak-boraklah dengan beliau, sambil menyangka perbualan kami malam tu mungkin sekejap je (merujuk kepada ayat kawan aku, "aku nak call kau sekejap", sigh~).
Seriously best gila borak dengan dia, semacam kau baru je dapat Tutti Frutti yang berharga RM25 ke atas secara free. Dia borak pasal kisah dia, dan penceritaan dia memang betul-betul menarik minat aku. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, dia makin bersemangat bercerita bila aku menunjukkan sepenuh minat aku untuk mendengar cerita dia (dah mula dah aku keluar kiasan bagai).. Tak cukup dengan kehabisan kredit Celcom, dia call lagi guna Maxis. Dah tu, guna pulak credit advance Celcom, dan lastly guna SOS topup Maxis. Hahaha, korang dah boleh bayangkan berapa lama kitorang borak sebenarnya malam tu..


Akhirnya setelah kehabisan kredit kesemuanya, kitorang pun tamatkan call dan bagi salam. Tapi yang peliknya kan, dia boleh suruh aku solat Subuh dulu baru tidur. Aku yang agak mamai mula-mula tak faham, tapi aku mengiyakan sahaja.
Letak je call, aku terus capai telefon bimbit aku untuk kunci alarm, nak bangun pagi esok sebab ada kelas pukul 9 pagi. Apa yang mengejutkan, bukan je aku tak buat walau satu kerja sekalipun, tapi rupanya waktu dah pun menunjukkan pukul 5.40 pagi! Oh, baru sekarang aku faham kenapa dia suruh aku solat Subuh dulu.. Such a good friend, sigh~. Waktu tu aku sangat kecewa sebab tak dapat buat kerja aku kerana terlalu leka melayan kawan aku, dan aku kecewa sebab tak dapat tidur sehari suntuk, dapat tidur pun dalam sejam setengah. Ibaratnya seperti Tutti Frutti yang kau dapat secara percuma tadi tiba-tiba terlepas dari tangan kau sewaktu kau terjatuh di tangga depan kedai tu sebaik sahaja kau menjejakkan kaki keluar dari kedai tersebut, dan akhirnya tiada apa pun yang tertinggal untuk kau merasa kesedapan makanan tersebut..


Dan di pagi yang penuh warna-warni itu, aku berjalan keluar untuk ke kelas dalam kedaan tak cukup tidur, hanya mampu melihat burung-burung berterbangan seolah-olah mengejek diri aku (pehal lak kau, salahkan benda lain tak pasal-pasal!). Tapi ada satu peristiwa lagi yang buat aku rasa hampir nak menyembah bumi..
Kelas pagi BATAL!!!!! Walawei! Penat je aku bangun awal!


So, kitorang pun balas dendam dengan pergi menonton movie Battleship tengahari tu selepas breakfast. Cerita yang sangat-sangat menarik, buat kitorang tak terfikir untuk makan tengahari dan pergi ke kelas petang tu agak lewat, dalam 10 minit. Tak kisah apa, cerita tu dah buat aku puas. Then apa lagi, petang tu topup lah balik tidur aku!

Sekian... (mood sangat-sangat penat hari ni, harap dimaafkan, banyak kerja masih tertangguh)

Monday, April 16, 2012

Dear Ex

Hai...
Hanya mahu nyatakan hari ni aku bersedih lagi atas kehilangan dia..
Ni adalah hasil nukilan aku untuk dia, dengan harapan aku akan berpuas hati selepas tu...


Dear 'ex',
I'm sorry I can't be your stupid damn friend like what you want,
Because I don't want to be stupid to obey all your words,
Just let you know that you are too stupid for hurting my feeling,
And too stupid to think that you'll get everything you want.

Dear 'ex',
I'm sorry that I've wasted lots of your time to be with me,
Because I thought that I'm stupid like you so that we can be together,
Just let you know that you are too stupid for thinking that I'll absolutely fall to you,
And too stupid to never think that soon you'll lose everything you had won.

Dear 'ex',
Well, I think this is the best experience,
Because I have once like you, who is not worth it,
And I think this is the best,
To end up all these by block you out of my mind!

The last post you'll get.. And now I'm blocking you.. Take your time, you can read this as many times as you want! At least I'm not stupid like you to read this until the end if you are clever enough to realize this is really your mistakes!





Akhirnya, rasa sedih masih tak dapat hilang dari dalam hati ni..
Seriously masih bersedih...

Friday, April 13, 2012

Matlamat Tak Tercapai

Hi there! Apa khabar semua hari ini? Ada benda best yang berlaku tak? Ok2, kalau ada, just simpan dalam hati sebab aku tak mahu tau pun, haha..


Hari ni aku diserang rasa rindu kat seseorang. Haha, benar. Aku rindu kat jejaka yang aku minat masa kat matrikulasi dulu. Kalau dulu, aku la yang berkejar nak masuk dewan cepat-cepat sebab nak duduk kat seat yang boleh dapat view paling cantik. Bukan untuk melihat skrin putih yang besar di depan, tolong jangan salah faham! Aku tak sebaik itu, huhu. Tapi untuk melihat si dia, haha. Kalau tak sebaris pun, aku akan satu baris atas dari dia. Wah, pemandangan yang sungguh indah! Teruknya mata aku! Inilah yang kita katakan sebagai gatal ye anak-anak.. Haha, baru aku sedar perangai aku sekarang ni tak ubah seperti perempuan yang gatal selepas putus cinta, sigh~.


Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terlupa pasal dia sebelum ini, sampai aku kejar orang lain pulak dekat universiti. Tapi sekarang dia start contact aku balik. haha, kitorang siap skype lagi , dia pulak yang segan dengan aku, haha. Ke aku yang tak tahu malu sebenarnya? Err.. =_='  Tapi dia pernah cakap aku tak tahu malu, haha.. Kejap, aku tak cerita pun kan macam mana dia boleh contact aku, macam mana dia boleh ada contact number aku? Haha, sorry kawan, aku agak gelojoh bercerita tadi, huhu..

Kita imbas kembali...


Aku dah berhari-hari sangat ni angau dekat dia, setiap kali ada kuliah, mata tak lepas dari memandang dia. Orang cakap dia biasa je, tapi aku rasa dia ada lebih dari setakat muka yang biasa. Dia nampak baik, suka ketawa tapi dalam masa yang sama sangat susah nak bergaul dengan perempuan. Nampak naif, nampak sederhana dan segalanya yang aku suka ada pada dia. So, aku pun beranikan diri untuk memulakan langkah. Ya, memang aku perempuan, tapi tak salah untuk ada perasaan pada seseorang dan mulakan langkah dahulu kan?


Jadi, aku pun mintak la kawan lelaki aku yang seorang ni untuk tolong aku. Mintak phone number dia, huhu. Agak-agak la, aku tak la berani mana untuk mintak depan-depan dia, aku bukan gentleman, haha. Aku perempuan, ok? Masih ada rasa segan di situ. Memang susah nak dapat phone number dia, aku sendiri tengok kawan aku punya susah nak mintak, aku tengok dari jauh je. Tapi last-last, dapatlah jugak phone number dia, dan aku pun dah mula membayangkan kesusahan yang bakal aku hadapi untuk berkenalan dengan dia, memandangkan kawan lelaki mintak phone number dari dia pun punyalah susah! Sigh~


Aku pun mula text dia dulu, alhamdulillah dia nak jugak membalas mesej-mesej dari aku. Sampailah satu saat tu dia minta aku call dia. Walawei! Berderau darah aku! Aku tahu yang dia jenis yang nak tengok kesungguhan aku, sebab pernah jugak dengar cerita ramai orang minat dia, tapi setakat nak menggedik-gedik je. Tapi maaf, aku bukan seperti itu. Aku call dia jugak, untuk terangkan keikhlasan aku untuk berkawan dengan dia, bukan nak menggedik.


Aku call dia, dan dia menjawab dengan nada yang sangat tenang. Ya, memang patut pun dia tenang sebab bukan dia yang suka aku! Aku ni yang gelabah gila! Kitorang borak macam biasa, bertanya khabar, bercakap pasal pelajaran (study week waktu tu ye, harap maklum), bercakap pasal diri masing-masing, dan aku pun bercerita yang akulah orang yang mintak tolong kawan aku mintak phone number dia. Then, dia bertanya satu soalan yang buat aku terpana, ternganga dan jantung aku berhenti berdegup sekejap,
" Awak ni tak tahu malu ke mintak phone number budak lelaki?"
" 0_0' "
Korang rasa aku nak jawab apa masa tu? Hell yeah, aku terkejut sampai tak mampu bercakap apa-apa! Tapi aku cakap jugak yang aku cuma nak berkawan dengan dia, dan tak sangka pulak kawan aku sampai mintak phone number dia. Huwaa, aku dah tipu dia tentang ni, tapi siapa yang mampu nak jawab apa-apa masa tu. Aku perempuan, hati kaca weyh. Serius aku terasa. Malam tu rasa nak menangis je.


Tapi sebenarnya itulah titik permulaan perkenalan aku dengan dia. Walaupun aku dikutuk sebegitu rupa, aku tetap nak tunjukkan keikhlasan aku untuk berkawan dengan dia, dan sekarang dia sangat-sangat baik dengan aku. Aku sedar sekarang yang dia sebenarnya jual mahal dengan semua perempuan selama ni, kutuk-kutuk perempuan tanpa memikirkan apa yang perempuan tu rasa semata-mata nak lihat siapa yang mampu tahan dengan perangai dia. See? Nampak perbezaan antara dia dengan ex ak, dia tunjuk perangai dia yang paling teruk sebelum kenal seseorang dengan lebih mendalam, tapi sebaliknya pula dengan ex aku, hipokrit je lebih. Aku bukan nak kutuk sebab dah kena dump dengan dia, tapi sekarang aku bersyukur sangat Allah nak beri aku yang terbaik, dan Dia dah tunjukkan pada aku sebab kenapa aku tak perlu pilih ex aku tu. Terima kasih Ya Allah. After all, life isn't about waiting for the storm to pass, it's about learning to dance in the rain. Yet, I'm dancing right now.


So now, let this relationship brought us to know each other deeper and deeper.. To be more than friends? Hm, probably, haha.. Mood aku hari ni macam dalam lagu We Are Young, tapi ni dalam version Glee, band asal dari band Fun. So,aku terasa sangat-sangat berani sebab mulakan langkah dan sanggup kena kutuk dengan dia, and now he wanted us to be more than friends.. I think I'll think first, let's make it style.. =)
That's all for tonight, feel young tonight guys!

Thursday, April 12, 2012

Benda Dah Lepas~ Lepaskan~

Wuu~~
Wuu~~
Wuu~~

Oh, come on Umi! Apa semua ni? Kau nangis air mata darah pun benda dah lepas!
Hai! Hello guys! Wah, lama sangat aku tak menjejakkan kaki aku yang cantik ni ke laman sendiri. Terasa macam dah bertahun kita tak bertegur sapa (pulak?). Maklumlah, dah masuk semester baru ni, terasa hidup dalam kesibukan yang amat sangat, kerja bertambah dua kali ganda dari semester lepas! Betul, aku tak tipu ni kawan, benar..


Sekarang ni aku sedang dalam mood bercuti. Kalau tak, jangan haraplah aku nak ziarah laman ni, dan rasa rindu korang pun akan makin menebal dalam diri, kan2? Haha.. Takpe2, aku faham.. Sebab tu aku posting lagi hari ni, sebab aku tak nak la korang sampai menangis rindukan aku, haha..


Sebenarnya aku tak cerita lagi kenapa tajuk posting aku hari ni ala-ala sebak gitu kan? Memang, memang sebak gila. rasa macam kau dilemaskan dalam Tasik Kenyir berulang-ulang kali, kemudian dah selamat dari lemas, kawan kau datang kat kau, jirus air sebaldi lagi kat kau. Lebih kurang macam tu la, aku bukan reti sangat buat analogi ni, uhuk uhuk..


Konon-kononnya begini, aku nak sangat tunaikan wish list yang aku buat akhir tahun lepas. Aku dah mula ambil kelas memandu, selesai satu wish dan sebenarnya aku dah pun terjatuh cinta kat seorang budak ni, tu satu lagi wish. Ok, he's just nice, ada baik dan buruk macam manusia lain. Cuma kesungguhan dia untuk jadi lebih dari kawan tu yang buat aku tertarik.


And bila aku dah bercouple dengan dia, baru dia tunjukkan perangai dia yang sebenar. Aku ni kalau dah sayang orang, memang tak pandang lain dah. Dia pulak seakan-akan mencabar kesabaran aku sebab selalu keluar dengan ex dia, selalu berkawan dengan perempuan sana-sini. Aku masih boleh terima sebab dia jenis berterus-terang, but somehow, it's just.. hurts me so much. Dia cabar aku, kalau nak break, dia boleh break dengan aku, cuma dia mintak aku jangan mintak break. Pergh, terasa macam hati ditikam-tikam! Kenapa aku still tak expect benda tak baik akan berlaku tak lama lagi?


Sampailah satu petang di waktu hujan lebat, aku terima panggilan dari dia. Aku tahu dia berkawan baik dengan seorang girl ni yang dah pun bercouple. Tapi tak sangka pulak dia mula rasa kosong sebab tak tahu perasaan dia sekarang dekat aku atau orang lain. Aku agak marah dengan kenyataan tu, sebab aku tak buat salah apa-apa and now dia boleh cakap macam tu! Well, if he loves u so much, accept him. But once he mentions about another girl that he likes, you better dump him because if he really loves you, there wouldn't be any choice between you and her. Seriously. Dia mintak aku masa, but I just said,
" I'm sure enough that once I give you time, it means I'll give you all my time because I know you wouldn't come back to me."


Dia nak berkawan, aku tak bagi apa-apa jawapan. Aku bagi salam, letak call and air mata aku jatuh berguguran dalam keadaan hujan yang lebat petang tu. 1/1/2012-10/4/2012, genap 100 hari, nampak sekejap, tapi perit yang aku rasa sebabkan menahan perangai dia, macam aku dah kenal dia berpuluh-puluh tahun. Hujan waktu tu betul-betul buat aku berhati kaca waktu itu.


But, everything's over now. Aku tak boleh menangis untuk seorang lelaki yang memang tak layak terima cinta dari aku. I know that there's someone out there who stands strongly with hope that I'll see him and with love to give to me. I know. So, say goodbye to the world where being you is just not enough, and welcome to the world where everything you do, you'll be appreciated! (^_^)