Friday, April 13, 2012

Matlamat Tak Tercapai

Hi there! Apa khabar semua hari ini? Ada benda best yang berlaku tak? Ok2, kalau ada, just simpan dalam hati sebab aku tak mahu tau pun, haha..


Hari ni aku diserang rasa rindu kat seseorang. Haha, benar. Aku rindu kat jejaka yang aku minat masa kat matrikulasi dulu. Kalau dulu, aku la yang berkejar nak masuk dewan cepat-cepat sebab nak duduk kat seat yang boleh dapat view paling cantik. Bukan untuk melihat skrin putih yang besar di depan, tolong jangan salah faham! Aku tak sebaik itu, huhu. Tapi untuk melihat si dia, haha. Kalau tak sebaris pun, aku akan satu baris atas dari dia. Wah, pemandangan yang sungguh indah! Teruknya mata aku! Inilah yang kita katakan sebagai gatal ye anak-anak.. Haha, baru aku sedar perangai aku sekarang ni tak ubah seperti perempuan yang gatal selepas putus cinta, sigh~.


Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terlupa pasal dia sebelum ini, sampai aku kejar orang lain pulak dekat universiti. Tapi sekarang dia start contact aku balik. haha, kitorang siap skype lagi , dia pulak yang segan dengan aku, haha. Ke aku yang tak tahu malu sebenarnya? Err.. =_='  Tapi dia pernah cakap aku tak tahu malu, haha.. Kejap, aku tak cerita pun kan macam mana dia boleh contact aku, macam mana dia boleh ada contact number aku? Haha, sorry kawan, aku agak gelojoh bercerita tadi, huhu..

Kita imbas kembali...


Aku dah berhari-hari sangat ni angau dekat dia, setiap kali ada kuliah, mata tak lepas dari memandang dia. Orang cakap dia biasa je, tapi aku rasa dia ada lebih dari setakat muka yang biasa. Dia nampak baik, suka ketawa tapi dalam masa yang sama sangat susah nak bergaul dengan perempuan. Nampak naif, nampak sederhana dan segalanya yang aku suka ada pada dia. So, aku pun beranikan diri untuk memulakan langkah. Ya, memang aku perempuan, tapi tak salah untuk ada perasaan pada seseorang dan mulakan langkah dahulu kan?


Jadi, aku pun mintak la kawan lelaki aku yang seorang ni untuk tolong aku. Mintak phone number dia, huhu. Agak-agak la, aku tak la berani mana untuk mintak depan-depan dia, aku bukan gentleman, haha. Aku perempuan, ok? Masih ada rasa segan di situ. Memang susah nak dapat phone number dia, aku sendiri tengok kawan aku punya susah nak mintak, aku tengok dari jauh je. Tapi last-last, dapatlah jugak phone number dia, dan aku pun dah mula membayangkan kesusahan yang bakal aku hadapi untuk berkenalan dengan dia, memandangkan kawan lelaki mintak phone number dari dia pun punyalah susah! Sigh~


Aku pun mula text dia dulu, alhamdulillah dia nak jugak membalas mesej-mesej dari aku. Sampailah satu saat tu dia minta aku call dia. Walawei! Berderau darah aku! Aku tahu yang dia jenis yang nak tengok kesungguhan aku, sebab pernah jugak dengar cerita ramai orang minat dia, tapi setakat nak menggedik-gedik je. Tapi maaf, aku bukan seperti itu. Aku call dia jugak, untuk terangkan keikhlasan aku untuk berkawan dengan dia, bukan nak menggedik.


Aku call dia, dan dia menjawab dengan nada yang sangat tenang. Ya, memang patut pun dia tenang sebab bukan dia yang suka aku! Aku ni yang gelabah gila! Kitorang borak macam biasa, bertanya khabar, bercakap pasal pelajaran (study week waktu tu ye, harap maklum), bercakap pasal diri masing-masing, dan aku pun bercerita yang akulah orang yang mintak tolong kawan aku mintak phone number dia. Then, dia bertanya satu soalan yang buat aku terpana, ternganga dan jantung aku berhenti berdegup sekejap,
" Awak ni tak tahu malu ke mintak phone number budak lelaki?"
" 0_0' "
Korang rasa aku nak jawab apa masa tu? Hell yeah, aku terkejut sampai tak mampu bercakap apa-apa! Tapi aku cakap jugak yang aku cuma nak berkawan dengan dia, dan tak sangka pulak kawan aku sampai mintak phone number dia. Huwaa, aku dah tipu dia tentang ni, tapi siapa yang mampu nak jawab apa-apa masa tu. Aku perempuan, hati kaca weyh. Serius aku terasa. Malam tu rasa nak menangis je.


Tapi sebenarnya itulah titik permulaan perkenalan aku dengan dia. Walaupun aku dikutuk sebegitu rupa, aku tetap nak tunjukkan keikhlasan aku untuk berkawan dengan dia, dan sekarang dia sangat-sangat baik dengan aku. Aku sedar sekarang yang dia sebenarnya jual mahal dengan semua perempuan selama ni, kutuk-kutuk perempuan tanpa memikirkan apa yang perempuan tu rasa semata-mata nak lihat siapa yang mampu tahan dengan perangai dia. See? Nampak perbezaan antara dia dengan ex ak, dia tunjuk perangai dia yang paling teruk sebelum kenal seseorang dengan lebih mendalam, tapi sebaliknya pula dengan ex aku, hipokrit je lebih. Aku bukan nak kutuk sebab dah kena dump dengan dia, tapi sekarang aku bersyukur sangat Allah nak beri aku yang terbaik, dan Dia dah tunjukkan pada aku sebab kenapa aku tak perlu pilih ex aku tu. Terima kasih Ya Allah. After all, life isn't about waiting for the storm to pass, it's about learning to dance in the rain. Yet, I'm dancing right now.


So now, let this relationship brought us to know each other deeper and deeper.. To be more than friends? Hm, probably, haha.. Mood aku hari ni macam dalam lagu We Are Young, tapi ni dalam version Glee, band asal dari band Fun. So,aku terasa sangat-sangat berani sebab mulakan langkah dan sanggup kena kutuk dengan dia, and now he wanted us to be more than friends.. I think I'll think first, let's make it style.. =)
That's all for tonight, feel young tonight guys!

No comments:

Post a Comment