Tuesday, April 17, 2012

Apa Nak Jadi?

Hello guys!
Apa khabar semua hari ni? Sihat? Sakit? Atau baru lepas putus cinta macam aku? Well, if that so, welcome to the club! Huhu..

Semalam aku merancang nak siapkan segala kerja-kerja aku yang tertangguh sejak sebelum cuti pertengahan semester. Dari report bengkel, assignment MAI hinggalah tutor-tutor yang tak pernah siap sehingga kini. Oleh itu, aku pun buat secawan Nescafe yang 3 in 1 hasil belas ihsan housemate aku, dengan harapan aku akan berasa segar malam tu untuk buat segala kerja.


Dan rancangan aku tu berhasil! Wah, aku dah mula membayangkan yang kerja-kerja aku akan bakal disiapkan malam tu jugak. Aku kan hebat dalam buat segala kerja dalam masa yang singkat, haha.. So aku pun buka la lappy kesayangan aku ni.. Nafsu manusia kan, rasa nak membuka Facebook sangat-sangatlah membuak-buak sehingga aku tak tahan dari membiarkan sahaja jari-jemari aku menaip password Facebook sendiri (tu semua alasan, boleh je kalau tahan nafsu kan?).
Facebook telah buat aku khayal ketika itu. Aku ingatkan sekejap je aku layan menatang tu, tapi sedar-sedar dah pukul 1 lebih, tapi aku tak start kerja lagi. Aku pun segera tutup Facebook. Then aku terima panggilan dari senior aku merangkap bestfriend aku sendiri.


Kononnya dia call aku sebab aku tak balas chat dia, mungkin sebab aku dah nak offline masa tu. Then aku pun borak-boraklah dengan beliau, sambil menyangka perbualan kami malam tu mungkin sekejap je (merujuk kepada ayat kawan aku, "aku nak call kau sekejap", sigh~).
Seriously best gila borak dengan dia, semacam kau baru je dapat Tutti Frutti yang berharga RM25 ke atas secara free. Dia borak pasal kisah dia, dan penceritaan dia memang betul-betul menarik minat aku. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, dia makin bersemangat bercerita bila aku menunjukkan sepenuh minat aku untuk mendengar cerita dia (dah mula dah aku keluar kiasan bagai).. Tak cukup dengan kehabisan kredit Celcom, dia call lagi guna Maxis. Dah tu, guna pulak credit advance Celcom, dan lastly guna SOS topup Maxis. Hahaha, korang dah boleh bayangkan berapa lama kitorang borak sebenarnya malam tu..


Akhirnya setelah kehabisan kredit kesemuanya, kitorang pun tamatkan call dan bagi salam. Tapi yang peliknya kan, dia boleh suruh aku solat Subuh dulu baru tidur. Aku yang agak mamai mula-mula tak faham, tapi aku mengiyakan sahaja.
Letak je call, aku terus capai telefon bimbit aku untuk kunci alarm, nak bangun pagi esok sebab ada kelas pukul 9 pagi. Apa yang mengejutkan, bukan je aku tak buat walau satu kerja sekalipun, tapi rupanya waktu dah pun menunjukkan pukul 5.40 pagi! Oh, baru sekarang aku faham kenapa dia suruh aku solat Subuh dulu.. Such a good friend, sigh~. Waktu tu aku sangat kecewa sebab tak dapat buat kerja aku kerana terlalu leka melayan kawan aku, dan aku kecewa sebab tak dapat tidur sehari suntuk, dapat tidur pun dalam sejam setengah. Ibaratnya seperti Tutti Frutti yang kau dapat secara percuma tadi tiba-tiba terlepas dari tangan kau sewaktu kau terjatuh di tangga depan kedai tu sebaik sahaja kau menjejakkan kaki keluar dari kedai tersebut, dan akhirnya tiada apa pun yang tertinggal untuk kau merasa kesedapan makanan tersebut..


Dan di pagi yang penuh warna-warni itu, aku berjalan keluar untuk ke kelas dalam kedaan tak cukup tidur, hanya mampu melihat burung-burung berterbangan seolah-olah mengejek diri aku (pehal lak kau, salahkan benda lain tak pasal-pasal!). Tapi ada satu peristiwa lagi yang buat aku rasa hampir nak menyembah bumi..
Kelas pagi BATAL!!!!! Walawei! Penat je aku bangun awal!


So, kitorang pun balas dendam dengan pergi menonton movie Battleship tengahari tu selepas breakfast. Cerita yang sangat-sangat menarik, buat kitorang tak terfikir untuk makan tengahari dan pergi ke kelas petang tu agak lewat, dalam 10 minit. Tak kisah apa, cerita tu dah buat aku puas. Then apa lagi, petang tu topup lah balik tidur aku!

Sekian... (mood sangat-sangat penat hari ni, harap dimaafkan, banyak kerja masih tertangguh)

No comments:

Post a Comment